Saya dilahirkan di Raub, Pahang. Mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Muhammad Jabar. Kemudian, di meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dong dan Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud. Selepas itu, saya melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Pahang berikutan keputusan SPM yang agak memberansangkan. Banyak pengalaman yang saya dapati selama berada salama setahun di Matrikulasi.

Saya kemudian mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di UPSI dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains pengkhususan Kimia setelah melalui MEDSI dan sesi temuduga. Walaupun begitu, saya bersyukur kerana telah ditawarkan dalam kos ini terutamanya dalam pengkhususan Kimia. Saya memang meminati pelajaran kimia sejak berada di sekolah lagi.

Sekarang saya merupakan pelajar semester 3. Setakat ini, perjalanan di UPSI masih berada dalam keadaan lancar. Saya berharap saya dapat mengekalkan serta mempertingkatkan lagi keputusan di masa akan datang. Saya akan berusaha bersungguh-sunguh untuk terus mendapat keputusan yang lebih cemerlang. Perjalanan di UPSI masih panjang dan saya berharap dapat menghadapi perkara-perkara yang mendatang dengan sabar dan kuat. Semoga perjalanan saya di UPSI diberkati Allah...Insyaallah...

Saya ingin menjadi seorang guru yang komited dalam setiap perkara dan cemerlang dalam pelbagai aspek. Menjadi contoh dan teladan yang baik kepada para pelajar serta menjadi seorang guru yang disenangi oleh semua orang.

Selepas itu, saya bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat master dan seterusnya PHD in Chemistry.Semoga segala perancangan dam impian ini dapat ditunaikan pada suatu hari nanti.Insyalllah...

0 comments:

Post a Comment